pembuka kata

pembuka kata

Wednesday, February 2, 2011

PERMATA HATIKU....


Assalamualaikum w.b.t
...Mereka ini orang tua aku..tanpa mereka aku bukanlah siapa2..dari kecil hingga dewasa, hanya mereka yang memahami aku..tiada orang lain yg phm aku seperti mereka..hanya ucapan terima kasih dan kasih sayang sepenuh hati yg dapat aku beri saat ini..insyallah, jika aku berkesempatan, akan aku balas jasa mereka setakat yang aku mampu..amin..

10 PERKARA MENJAGA HATI IBU BAPA

Bagaimana menjaga hati ibu bapa kita? Di sini terdapat 10 perkara yang anda sebagai anak boleh lakukan dalam menjaga hati ibu bapa.

1. Ibu bapa akan sejuk hati jika kata2 mereka ditaati dan diikuti oleh anaknya.

2. Semua orang suka dibahasakan dengan baik. Kalau anak bercakap lunak, tentu ibu bapa senang. Berbanding kalau anak tinggikan suara atau bercakap kasar, ibu bapa mudah tersinggung.

3. Berbakti kepada ibu bapa. “Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

4. Pandang mereka dengan penuh kasih sayang dan gembirakan hati mereka dengan selalu senyum dan bermanis muka kerana ia memberi kesan di hati ibubapa. menurut Nabi s.a.w., Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang) adalah ibadah.(Riwayat Abu Daud)

5. Hati ibu bapa terhibur jika anak mereka tahu menghormati mereka. Nabi s.a.w. banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk dan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk ke mana2.

6. Hargai pemberian dari ibu bapa kita. Menghargai pemberiannya sama dengan menghargai dirinya.Oleh itu mereka akan berasa senang hati.

7. Jika sudah tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka.

8. Peka dengan apa yang ibu bapa suka atau tak suka. Jangan buat sesuatu yang anda tahu ibu bapa anda tak suka. Anda juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapa, tempat yang ibu bapa suka pergi dan sebagainya. Ini akan membuatkan ibu bapa anda terhibur.

9. Minta pandangan, nasihat, restu dan doa dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan yg melibatkan persoalan besar dalam hidup anda.Pasti ibu bapa akan merasa bangga kerana anak2 masih merujuk kepada mereka sebagai orang tua.

10. Kebanyakan ibu bapa pastinya menyimpan hasrat terhadap anak2 mereka. Mahukan anak berjaya dalam hidup, menjadi anak soleh dan solehah serta tahu kenang jasa kedua ibu bapa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka.

Untuk membalas sepenuhnya jasa ibu bapa memang tak mungkin tapi jika anda tahu kenang jasa dan menjaga hati mereka , ibu bapa anda pasti akan rasa bahagia.